Kajian tahap kesedaran penggunaan teknologi komputer dikalangan pengusaha-pengusaha batik di Kelantan / Danuri Sakijan, Mohd Sabri Mohamad and Hamdan Lias

Sakijan, Danuri and Mohamad, Mohd Sabri and Lias, Hamdan (2004) Kajian tahap kesedaran penggunaan teknologi komputer dikalangan pengusaha-pengusaha batik di Kelantan / Danuri Sakijan, Mohd Sabri Mohamad and Hamdan Lias. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Penggunaan teknologi komputer kini digunakan secara meluas dalam industri pengeluaran. Tujuan utama penggunaan komputer adalah untuk mencapai maklumat yang ada di luar sempadan geografi dan budaya setempat sesuatu kawasan, di samping menjimatkan kos pengeluaran. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap kesedaran penggunaan teknologi komputer di kalangan pengusaha-pengusaha batik di Kelantan. Responden kajian terdiri daripada enam puluh dua orang pengusaha-pengusaha batik yang memasarkan sendiri produk mereka. Kajian dijalankan di sekitar Bandar Kota Bharu. Kelantan. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan soal selidik dan temubual untuk mendapatkan maklumat. Penggunaan soal selidik dikhususkan kepada para pengusaha sahaja. Soal selidik tersebut mengandungi dua bahagian, Bahagian A iaitu demografi sebanyak 16 soalan dan Bahagian B iaitu penggunaan komputer dalam perniagaan, mengandungi empat puluh satu soalan. Manakala temubual dijalankan ke atas responden yang terlibat dengan industri batik secara tidak langsung. Di samping itu maklumat mengenai kepenggunaan teknologi komputer di kalangan pengusaha batik di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Cawangan Kelantan juga digunapakai. Peralatan komputer yang khusus kepada penghasilan batik hanya terdapat di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Cawangan Kelantan sahaja. Tumpuan kajian ialah kepada penggunaan teknologi komputer ·integrated Computer Aided Tjanting System' (I CATS) dan A.Tex. Dapatan kajian yang pertama ialah kajian menunjukkan tahap kesedaran penggunaan Teknologi komputer di kalangan pengusaha-pengusaha batik di Kelantan adalah sederhana rendah. Seramai 30. 7% pengusaha mempunyai tahap kesedaran yang rendah, 54.8% tahap kesedaran yang sederhana dan 14.5 % tahap kesedaran yang tinggi. Pengkaji meletakkan keputusan tahap kesedaran sederhana rendah kerana kesemua pengusaha yang mempunyai tahap kesedaran yang sederhana mempunyai markah yang cenderung kepada sela markah bagi tahap kesedaran yang rendah. Sela markah bagi tiga tahap kesedaran penggunaan teknologi komputer di kalangan pengusaha-pengusaha batik di Kelantan ialah di antara 40.5 hingga 95.5 (tahap kesedaran rendah), 95.5 hingga 150.5 (tahap kesedaran sederhana) dan 150.5 hingga 205.5 (tahap kesedaran tinggi). Dapatan kajian yang kedua ialah bilangan pengusaha yang menggunakan teknologi komputer menunjukkan peningkatan kira-kira 50% dari tahun 2000 hingga 2002. Peningkatan ini adalah didorong oleh keyakinan yang kuat bahawa penggunaan Teknologi komputer dapat meningkatkan mutu pengeluaran, mengurangkan kos dan membantu meningkatkan keuntungan syarikat. Dapatan kajian yang ketiga ialah faktor utama yang mendorong pengusaha menggunakan teknologi komputer di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Cawangan Kelantan ialah kerana keuntungan jangka pendek yang diperolehi. Oleh itu, sebagai lanjutan daripada kajian ini, pengkaji mencadangkan suatu kajian tindakan dijalankan bagi mengkaji keberkesanan penggunaan Teknologi komputer di dalam menghasilkan rekacorak batik oleh pengusaha batik tempatan dalam konteks yang lebih luas iaitu di kalangan pengusaha-pengusaha batik di seluruh negeri di Malaysia.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sakijan, Danuri
UNSPECIFIED
Mohamad, Mohd Sabri
UNSPECIFIED
Lias, Hamdan
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
UiTM Representative
Ab. Rahman, Hussin@Mohamed
UNSPECIFIED
UiTM Representative
Safii, Napisah
UNSPECIFIED
UiTM Representative
Che Mat, Nik Abdullah Zawawi
UNSPECIFIED
Agency Representative
Idris, Kamaruzaman
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Textile industry
N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Textile arts and art needlework > Batik
T Technology > TS Manufactures > Textile industries > Textile design
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Art and Design
Keywords: teknologi, komputer, pengusaha batik, Kelantan
Date: 2004
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/98597
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 98597.pdf] Text
98597.pdf

Download (240kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

98597

Indexing

Statistic

Statistic details