Abstract
Satu temubual telah dijalankan bersama seorang penyanyi Malaysia yang dikenali ramai sebagai Dayangku Intan pada 8 Januari 2023 di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan selama 1 jam 55 minit. Objektif kajian sejarah lisan ini adalah untuk mengumpul, dan mentafsir, maklumat sejarah yang penting melalui sumber lisan dan didokumentasikan untuk dipelihara buat rujukan masa hadapan. Temubual ini dijalankan untuk mengetahui biodata, pendapat, pengalaman beliau dan juga dunia nyanyian itu sendiri dengan lebih mendalam. Penyanyi ini berasal dari Kampung Pandan dan terkenal dengan lagunya ‘Semakin Rindu Semakin Sayang’, ‘Kita Insan Biasa’ dan ‘Senandung Hari Raya Untukmu’. Beliau meminati nyanyian sejak kecil dan telah memulakan kerjaya nyanyian sejak pada belasan tahun dan masih bergiat aktif sehingga kini. Melalui bakat dan nyanyian yang hebat, beliau berjaya menjadi seorang artis yang disanjungi dan menempa nama di dunia seni. Dengan matlamat dan niat yang ikhlas, beliau juga gemar dalam membantu orang dalam kesusahan dan menegakkan sesuatu yang salah. Dayangku Intan merupakan seorang yang berani, berintegriti dan penyayang. Melalui intipati yang dikongsi dalam temu bual ini, diharapkan dapat menjadi rujukan yang berguna dan bermanfaat untuk masyarakat terutamanya golongan masa hadapan untuk mendalami dan menghargai para penyanyi dan seni muzik di Malaysia tidak kira dahulu dan sekarang.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ramli, Muhammad Ekmal 2020818962 Mohd Nasir, Nur Aishah 2021112573 |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Dayangku intan, penyanyi, muzik, pengalaman |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/98557 |