Pengajaran dan pembelajaran di TikTok satu pembaharuan / Mohamad Firdaus Ahmad and Nur Syazwani Zulaikha Safwan

Ahmad, Mohamad Firdaus and Safwan, Nur Syazwani Zulaikha (2024) Pengajaran dan pembelajaran di TikTok satu pembaharuan / Mohamad Firdaus Ahmad and Nur Syazwani Zulaikha Safwan. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Era digital semakin berkembang pesat pada tahun 2024 apabila media sosial membawa transformasi kepada pelbagai aspek kehidupan. Berdasarkan trend penggunaan sosial media di Malaysia, sebanyak 86% penduduk menggunakan media sosial pada Januari 2021 berbanding tahun 2016 iaitu sebanyak 52% sahaja (Digital Business Lab, 2021). Peningkatan ini jelas menunjukkan peralihan minat rakyat Malaysia daripada menggunakan saluran media tradisional seperti radio dan televisyen untuk mendapatkan informasi terkini. Kebanyakan penduduk Malaysia kini menggunakan internet setiap hari untuk membaca berita, menonton video, dan berinteraksi dengan rakan-rakan melalui media sosial. Terdapat banyak bidang di Malaysia yang menggunakan ruang dan peluang melalui media sosial dalam mempromosikan informasi dan aktiviti yang dijalankan. Bidang pendidikan juga tidak terkecuali apabila ramai individu termasuk tenaga pengajar di peringkat sekolah memanfaatkan peluang yang ada dengan menggunakan media sosial bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 98547.pdf]
Text
98547.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics