Abstract
Era digital semakin berkembang pesat pada tahun 2024 apabila media sosial membawa transformasi kepada pelbagai aspek kehidupan. Berdasarkan trend penggunaan sosial media di Malaysia, sebanyak 86% penduduk menggunakan media sosial pada Januari 2021 berbanding tahun 2016 iaitu sebanyak 52% sahaja (Digital Business Lab, 2021). Peningkatan ini jelas menunjukkan peralihan minat rakyat Malaysia daripada menggunakan saluran media tradisional seperti radio dan televisyen untuk mendapatkan informasi terkini. Kebanyakan penduduk Malaysia kini menggunakan internet setiap hari untuk membaca berita, menonton video, dan berinteraksi dengan rakan-rakan melalui media sosial. Terdapat banyak bidang di Malaysia yang menggunakan ruang dan peluang melalui media sosial dalam mempromosikan informasi dan aktiviti yang dijalankan. Bidang pendidikan juga tidak terkecuali apabila ramai individu termasuk tenaga pengajar di peringkat sekolah memanfaatkan peluang yang ada dengan menggunakan media sosial bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Mohamad Firdaus UNSPECIFIED Safwan, Nur Syazwani Zulaikha UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin APB Edisi 12 |
ISSN: | 2682-7948 |
Keywords: | Digital, sosial media, pengajaran, pembelajaran, PdP |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/98547 |