Transkrip wawancara bersama puan Fadzilah Mohammad @ Ali, pelakon, pelawak, penari, pengacara dan penyanyi / Nazatul Artirah Jalani and Nursyasya Aziera Kharul Azlan

Jalani, Nazatul Artirah and Kharul Azlan, Nursyasya Aziera (2022) Transkrip wawancara bersama puan Fadzilah Mohammad @ Ali, pelakon, pelawak, penari, pengacara dan penyanyi / Nazatul Artirah Jalani and Nursyasya Aziera Kharul Azlan. Oral History Report. Universiti Teknologi Mara, Selangor. (Unpublished)

Abstract

Temu bual ini adalah antara tokoh iaitu puan Fadzilah bte Mohammad@Ali dan pelajar iaitu Nazatul Artirah Binti Jalani dan Nursyasya Aziera Binti Kharul Azlan untuk subjek IMR604 iaitu pendokumentasian sejarah lisan. Sejarah lisan adalah satu kaedah yang penting dalam merakam peristiwa lampau yang pernah ditempuhi oleh seseorang. Melalui sejarah lisan, rekod rekod sejarah berkenaan sesuatu peristiwa dapat dilengkapkan kerana sebahagian maklumat masih tersimpan di dalam memori individu yang terlibat. Kajian ini menceritakan tentang latar belakang dan sejarah hidup seorang tokoh yang bernama Puan Fadzilah bte Mohammad @Ali atau lebih mesra dikenali sebagai Didie Alias yang merupakan seorang pelakon dan pelawak wanita Malaysia. Penglibatan beliau dalam dunia lakonan bermula selepas beliau menempa nama dalam bidang modeling dan komersial. Pelakon ialah orang yang memainkan peranan di televisyen, filem, teater, atau radio. Biasanya seseorang pelakon akan melakonkan watak rekaan dari suatu cerita. Pelakon tersebut adakala juga akan melakonkan watak berdasarkan penceritaan mengenai seorang tokoh yang benar-benar dan pernah wujud. Satu senarai telah disediakan untuk ditanyakan kepada tokoh yang merangkumi beberapa bahagian termasuk latar belakang tokoh yang telah dipilih. Nasihat dan pandangan tokoh juga turut ditanyakan dalam soalan tersebut. Kajian sejarah lisan ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada orang ramai dan membantu mereka yang baru ingin menceburi bidang hiburan.

Metadata

Item Type: Monograph (Oral History Report)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jalani, Nazatul Artirah
2019831478
Kharul Azlan, Nursyasya Aziera
2019868238
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management
Keywords: Seniman, pelawak, sejarah lisan, tokoh, kerjaya
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/98486
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Fadzilah Mohammad @ Ali] Video (Fadzilah Mohammad @ Ali)
98486.mp4

Download (2GB)

ID Number

98486

Indexing

Statistic

Statistic details