Istiadat Konvokesyen Ke-80 : 10-20 Mei 2014 : Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM

Jabatan Komunikasi Korporat, UiTM (2014) Istiadat Konvokesyen Ke-80 : 10-20 Mei 2014 : Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM. Jabatan Komunikasi Korporat, Shah Alam.

Abstract

SWT kerana pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-80 ini, seramai 21,949 orang mahasiswa berjaya menamatkan pengajian masing-masing. Kejayaan ini sudah tentu datangnya dari kecekalan dan daya juang yang tinggi dari dalam diri saudara-saudari sendiri mahupun ibu bapa dan para penjaga. Pengorbanan ibu bapa dan penjaga darisegi wang ringgit dan doa restu yang tidak putus-putus wajarlah dikenang dan disanjung tinggi. Saudara-saudari mungkin merasakan bahawa pengorbanan itu telah dibalas dengan kejayaan mendapat ijazah yang sewajarnya, tetapi balasan yang lebih tinggi nilainya ialah limpahan kasih sayang saudara-saudari setelah berjaya dalam kerjaya masing-masing. Pendidikan universiti bukan hanya setakat memperoleh
segulung ijazah tetapi yang lebih utamanya ialah bagaimana kita menggunakan segulung ijazah untuk berbakti kepada anak bangsa. Kita bersyukur kerana universiti ini merupakan universiti terbesar di Malaysia yang menyediakan kita bukan hanya dengan pendidikan akademik semata-mata tetapi yang lebih utama menyediakan kita menjadi insan yang berketerampilan, matang dan berdaya saing. Kejayaan universiti di dalam bidang pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan keusahawanan ternyata menjadikan graduan yang dilahirkan ini mampu memasarkan diri selaras dengan keinginan pasaran serta tuntutan dan harapan masyarakat, agama dan negara.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jabatan Komunikasi Korporat, UiTM
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Date: 2014
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/9848
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of BUKU KONVO KE-80.pdf] Text
BUKU KONVO KE-80.pdf

Download (49MB)

ID Number

9848

Indexing

Statistic

Statistic details