Sambil menyelam sambil sulam ukhuwah di Laut Sanur / PM Dr Rofiza Aboo Bakar

Aboo Bakar, Rofiza (2024) Sambil menyelam sambil sulam ukhuwah di Laut Sanur / PM Dr Rofiza Aboo Bakar. Bulletin. Academy of Language Studies.
Identification Number (DOI): Issue 2
Abstract

September 2022 membenarkan saya berkunjung sekali lagi ke bumi dewata: Bali, Indonesia . Kali ini misi saya mudah sahaja: berehat, berbasikal, mencari ide untuk menulis artikel dan mengunjungi beberapa masjid dalam jangka masa dua minggu berada di sana. Kesemua misi saya berjaya di penuhi . Akan tetapi, istimewanya juga ialah saya berupaya menyulam ukhuwah dengan rakan baru. Oleh kerana ini adalah kali ke empat saya tiba di Bali , saya hanya mahu menghabiskan masa yang banyak di dalam premis hotel dan pantai yang menghadap Laut Sanur tanpa tergesa-gesa melawati lain-lain tempat yang sarat dengan pengunjung. Laut di sini amat ideal untuk aktiviti berenang kerana pasirnya yang landai menjadikan ia tidak begitu dalam atau merbahaya . Ombak yang membadai tidak akan sampai ke pantai kerana ianya pecah apabila melewati terumbu karang yang memanjang (Alexander, 2023) serta terletak kira- kira 500 meter dari pantai. Rutin pagi selepas bersarapan adalah untuk berehat di atas kerusi panjang yang di susun rapi pihak pengurusan hotel. Berehat sambil membuka ‘laptop’ mencari ilham penulisan sebelum terjun ke dalam air dan naik semula ke pantai adalah aktiviti harian yang tidak mungkin berlaku di Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 98413.pdf]
Text
98413.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics