Ayat-ayat lucu penuh memikat / PM Dr Rofiza Aboo Bakar

Aboo Bakar, Rofiza (2024) Ayat-ayat lucu penuh memikat / PM Dr Rofiza Aboo Bakar. Bulletin. Academy of Language Studies.
Identification Number (DOI): Issue 2
Abstract

Amat jarang saya menonton cerita Melayu kecuali cerita-cerita klasik P.Ramlee ketika saya tinggal dengan ibu dan arwah bapa dahulu. Astro Warna dan Citra yang sering memainkan cerita-cerita Melayu pun tidak saya pasang di rumah . Pendek kata , saya sudah kurang berminat menonton. Akan tetapi, apabila saya berkesempatan berkelana bersama rakan yang tampak pendiam tetapi melucukan, Raja Rosila , saya mula belajar untuk menonton ‘Sepahtu Reunion’, sebuah program yang dipancarkan secara terus-menerus oleh Astro, terutama sekali apa bila minda perlukan rehat. Program lawak ini mendapat sambutan ramai sehingga di katakan mencecah lebih 6 juta penonton pada satu-satu masa selain daripada mempunyai penonton-penonton yang bergelak tawa riang di studio. Apakah yang istimewa tentang program ini? Tidak lain tidak bukan: ayat-ayat lucu yang dilontarkan oleh para pelakonnya seperti Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Rahim Sepahtu dan Pak Ya serta pelakon-pelakon jemputan mereka. Lawak mereka tidak lagi terikat dengan gelagat-gelagat ‘slapstick’ seperti yang dipertontonkan oleh para pelawak di era 70an-80an . Lawak mereka lebih profesional dan di penuhi dengan ayat - ayat lucu yang pada pendapat saya penuh memikat .

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 98405.pdf]
Text
98405.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics