Abstract
Media sosial telah memainkan peranan yang penting dalam mengubah lanskap sosial dan budaya di seluruh dunia. Dalam beberapa tahun terakhir, kemunculan platform-platform ini telah mengubah cara kita berinteraksi, berkomunikasi, dan memperoleh informasi. Melalui platform seperti Facebook hingga Twitter, Instagram, dan platform-platform yang semakin popular seperti TikTok, media sosial telah merevolusi cara kita berhubung antara satu sama lain, mengubah lanskap budaya, politik, pendidikan dan sosial secara fundamental. Mengikut kajian yang dilakukan oleh pengkaji media sosial, TikTok amat digemari terutama dalam kalangan remaja pada masa kini dan menjadi aplikasi kedua popular setelah Whatsapp. Aplikasi ini menjadi popular sewaktu pandemik Covid-19 melanda di seluruh negara termasuk Malaysia. TikTok menjadi sangat popular dengan mencatat rekod penggunaan melebihi daripada 3 bilion orang yang telah memuat turun aplikasi tersebut di seluruh dunia setakat 2022 (Zulkifli et al., 2022). Aplikasi TikTok ialah aplikasi untuk mencipta dan berkongsi pelbagai video pendek dalam format menegak, yang dimainkan dengan hanya menggerakkan tetingkap paparan ke bawah atau ke atas atau dari kiri ke kanan (dan sebaliknya) pada skrin komputer. Aplikasi TikTok mempunyai beberapa fitur-fitur yang menarik seperti kesan istimewa, kesan bunyi serta mempunyai lagu-lagu yang unik dan menarik yang dapat digunakan oleh penggunanya dengan mudah.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Alias, Siti Hajar UNSPECIFIED Sheikh Ahmad Ghazali, Sheikh Ahmad Izaddin UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin APB Edisi 12 |
ISSN: | 2682-7948 |
Keywords: | TikTok, kimia, Covid-19, Whatsapp |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/98381 |