Abstract
Kajian ini dijalankan bagi mendalami perjalanan kehidupan seorang seniman yang telah lama berkecimpung di dalam industri hiburan. Seniman yang dimaksudkan merupakan seorang penyanyi, pelawak, pengacara, pelakon, dan penyampai radio Salih Yaacob. Menerusi kajian temubual ini, kami juga dapat mengetahui perjalanan beliau dalam mengharungi kehidupan sebagai seniman tanah air. Seniman yang sangat berbakat ini memulakan kariernya dalam industri hiburan sebagai seorang penyanyi dan sempat menghasilkan beberapa album serta telah berkolaborasi dengan beberapa artis tempatan mahupun artis negara jiran. Selepas itu, beliau mencuba nasib dalam bidang lakonan, pengacara, pelawak, dan akhir sekali penyampai radio. Terdapat banyak kenangan pahit dan manis selama beliau berseni dalam industri, namun tiada penghargaan yang ketara diberikan setimpal dengan jasa beliau kepada negara dalam berseni. Diharapkan dengan maklumat yang dikongsi dapat membantu dan memberikan kesedaran terhadap kepentingan seniman tanah air agar dalam menjadi rujukan dan dihargai oleh masyarakat di Malaysia.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Halim, Muhammad Iqbal 20211385571 Wan Nik, Wan Muhammad Arif Aiman 2021171753 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Ahmad, Mohd Nazir UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Seniman, penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara, penyampai radio, Salih Yaacob |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/98380 |
Download
98380.mp3
Download (41MB)
98380.mp4
Download (38MB)