Transkrip wawancara bersama Tuan Roslan bin Madun tokoh kesenian dan sastera / Nor Anita Muhamad Nazri and Mardina Su Halim

Muhamad Nazri, Nor Anita and Su Halim, Mardina (2022) Transkrip wawancara bersama Tuan Roslan bin Madun tokoh kesenian dan sastera / Nor Anita Muhamad Nazri and Mardina Su Halim. Oral History Report. Universiti TeknologI MARA,Selangor. (Unpublished)

Abstract

Projek ini membincangkan tentang sejarah lisan dan pengalaman seorang tokoh yang merupakan seorang insan yang mewarisi satu seni warisan bangsa dan giat memperjuangkan lagu-lagu rakyat iaitu Roslan Madun. Sejarah lisan yang dijalankan telah bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan mengetahui sejarah lagu-lagu rakyat melalui pengkisahan oleh seniman tersebut. Roslan merupakan seorang penggiat seni lagu-lagu rakyat yang berasal daripada negeri Pahang Sebagai permulaan bagi projek sejarah lisan ini, sejarah tentang perjalanan seni warisan Roslan Madun telah difokuskan secara menyeluruh memandangkan beliau merupakan satu-satunya insan yang tidak mengenal erti penat lelah dalam usaha membawa simbolik-simbolik warisan negara ke masyarakat dunia. Warisan bangsa bukan sahaja merangkumi bangunan bersejarah dan permainan tradisional sahaja, malah turut terdiri daripada koleksi lagu-lagu warisan sebagai salah satu penyambung khazanah negara. Pada era globalisasi kini, kita dapat lihat bahawa generasi abad ini amat kurang menghayati dan memandang sepi pada seni-seni warisan yang terdapat dalam negara. Di samping mengenali dan mengetahui latar belakang tokoh seni warisan bangsa yang amat gigih mepopularkan lagu-lagu rakyat di serata dunia ini, projek sejarah lisan ini juga turut merungkai cabaran yang dihadapi seniman veteran sepanjang perjalanan mereka dalam memperjuangkan seni lagu rakyat ini serta kepentingannya pada masa kini.

Metadata

Item Type: Monograph (Oral History Report)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Muhamad Nazri, Nor Anita
2019416568
Su Halim, Mardina
2019627686
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Chik, Kamariah
UNSPECIFIED
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management
Keywords: Roslan Madun, penggiat seni, lagu rakyat, warisan seni, kesasteraan
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/98319
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 98319.pdf] Text
98319.pdf

Download (5MB)

ID Number

98319

Indexing

Statistic

Statistic details