Abstract
Temubual ini adalah antara tokoh iaitu Dato' Nancie Food dan pelajar iaitu Hasleeza
binti Hamiddin dan Sayang Asyira binti Jamali untuk subjek IMR604 iaitu pendokumentasian
sejarah lisan. Sejarah lisan adalah satu kaedah yang penting dalam merakam peristiwa lalu yang pernah dilalui oleh seseorang. Melalui sejarah lisan, segala jenis rekod berkenaan sesuatu kejadian atau peristiwa dapat dilengkapkan kerana sebahagian maklumat masih tersimpan dalam memori mereka yang terlibat yang tidak diketahui umum. Kajian ini menceritakan tentang latar belakang dan sejarah hidup seorang tokoh yang bernama Dato' Nancie Foo atau lebih dikenali dengan Dato' Nancie. Beliau merupakan seorang pelakon veteran Malaysia yang pernah terkenal pada suatu ketika dahulu. Penglibatan beliau dalam dunia lakonan bermula selepas beliau melibatkan diri dalam dunia modelling dan ratu cantik Beliau juga merupakan seorang penerbit filem berikutan komitmen beliau selepas perkahwinan telah berubah menjadi seorang ibu dan isteri. Satu senarai soalan telah disediakan untuk ditanyakan kepada tokoh yang merangkumi beberapa bahagian termasuk latar belakang tokoh yang telah dipilih. Nasihat dan pandangan tokoh juga turut ditanyakan dalam soalan tersebut. Diharapkan dengan adanya kajian sejarah lisan ini, ianya dapat memberi inspirasi kepada orang ramai dan juga membantu mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia seni.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hamiddin, Hasleeza 2020489386 Jamali, Sayang Asyira 2020470184 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Md Jali, Jafalizan UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Tokoh, pelakon, penerbit, sejarah lisan, veteran |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/98313 |