Abstract
Pakaian tradisional Melayu terdiri daripada baju kurung, baju melayu serta baju kebaya. Pakaian warisan ini hendaklah dipelihara supaya tidak hilang keaslian konsep asalnya pakaian ini. Di dalam kajian ini pengkaji memfokuskan kepada baju kebaya yang tidak kurang uniknya. Kebaya merupakan pakaian tradisional yang unik yang dipakai oleh para wanita bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh Asia Tenggara. Kajian ini adalah berkenaan dengan seorang pengusaha pakaian tradisional Melayu yang berpengalaman dalam bidang proses pembuatan kebaya serta cara pemasarannya. Oleh itu, kajian ini dapat memperlihatkan keistimewaan yang ada pada pakaian tradisional kebaya, mengetahui tentang strategi pemasaran kebaya yang dilakukan oleh Puan Hajar Ahmedy serta proses menyiapkan kebaya sebelum dipasarkan supaya dapat diterokai oleh masyarakat di luar sana. Kajian yang dijalankan adalah berdasarkan kajian sejarah lisan. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu untuk menambah ilmu pengetahun serta memberi kesedaran kepada masyarakat tentang keistimewaan yang ada pada pakaian tradisional Melayu terutamanya, baju kebaya.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hasanudin, Nurul Izzati Putrisani 2019230994 Zaidi, Nurhidayah 2019423622 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Ahmad, Mohd Nazir UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Kebaya, Melayu, Malaysia, tradisional, warisan, unik |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/98290 |
Download
98290 (part 1).mp4
Download (212MB)
98290 (part 2).mp4
Download (38MB)
98290.mp4
Download (235MB)