Abstract
Kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji tentang asal usul Putu Perak. Selain itu, ia bertujuan untuk mengenal pasti bahan dan proses pembuatan Putu Perak dan juga untuk mengkaji strategi pemasaran Putu Perak. Kajian ini dijalankan melalui kaedah temu bual bersama dua orang tokoh iaitu Encik Khirul Idris Bin Idris dan juga isterinya, Puan Azmah Binti Sofar yang merupakan pemilik kepada perniagaan Idris Putu Perak yang terletak di Kampar, Perak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kuih warisan tradisional yang berasal dari negeri Perak ini iaitu Putu Perak hampir pupus. Justeru, kajian ini dibuat untuk mengetahui bagaimana cara untuk mengekalkan kuih ini. Di samping itu, hasil daripada kajian ini berjaya merangkumi beberapa aspek seperti sejarah awal Putu Perak, keistimewaan, kelebihan Putu Perak, bahan-bahan mentah yang digunakan, proses pembuatan, cara pembuatan, strategi pemasaran, dan juga beberapa isu yang dikaj. Beberapa harapan yang diberi oleh tokoh bagi mengekalkan dan menjadikan Putu Perak masih relevan buat masa ini dan juga masa akan datang.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Yusri, Amira Husna 2019208306 Muhammad, Nor Azreen Amilia 2019612032 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Ahmad, Mohd Nazir UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Putu Perak, kukus, pupus, tradisional, warisan |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/98240 |
Download
98240.mp4
Download (456MB)
98240.mp4
Download (780MB)