Abstract
Seni warisan wau kapal Selangor merupakan satu lagi ciri khas yang memperkayakan warisan budaya Malaysia. Temu bual ini diadakan untuk mendalami pengetahuan tentang seni warisan wau kapal Selangor, dengan fokus kepada wawasan daripada tokoh terkemuka dalam bidang ini, iaitu Ismail Yahya. Tujuan utama temu bual ini adalah untuk mengenali lebih dengan seni wau kapal Selangor melalui pandangan dan pengalaman langsung Ismail Yahya, seorang tokoh yang telah berkecimpung dalam seni pembuatan wau kapal. Dalam temu bual ini, Ismail Yahya akan berkongsi cerita peribadi dan perjalanan hidupnya sebagai seorang pembuat wau kapal Selangor. Beliau akan menceritakan tentang asal usul seni wau kapal Selangor, serta beberapa perkara mengenai proses pembuatan wau kapal. Selain itu, temu bual ini akan memberikan tumpuan kepada peranannya dalam memperkenalkan seni wau kapal Selangor kepada generasi muda. Bagaimana Ismail Yahya mengambil inisiatif untuk membabitkan masyarakat setempat, khususnya generasi muda, dalam aktiviti-aktiviti berkaitan seni wau, dan bagaimana usaha ini memberi impak kepada pemahaman dan kesedaran tentang keindahan seni tradisional ini. Hasil daripada temu bual ini diharapkan dapat memberikan wawasan yang lebih mendalam tentang seni warisan wau kapal Selangor, khususnya dari perspektif seorang tokoh terkemuka seperti Ismail Yahya. Pengetahuan ini akan membantu dalam usaha memelihara dan mempromosikan seni wau kapal Selangor serta memastikan bahawa kekayaan budaya ini terus hidup dan diwarisi oleh generasi akan datang.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Zulkeflie, Anis Dania Irfah 2021603436 Wan Mohd Khafar, Wan Nur Atikah 2021870776 |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Wau kapal, pembuatan, tradisional, warisan, budaya |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/98155 |