Abstract
Malaysia mempunyai pelbagai warisan yang unik. Salah satunya ialah makanan tradisional Melayu iaitu dodol. Kini, dodol menjadi salah satu makanan tradisional yang semakin hilang seiring dengan peredaran zaman. Walaupun generasi kini tahu mengenai kepentingan mengekalkan makanan tradisi ini, tiada usaha yang dilakukan untuk menarik minat mereka untuk terus menikmati dodol apatah lagi menceburkan diri mereka dalam bidang pembuatan dodol. Bagi mengekalkan makanan tradisional ini, adalah penting untuk masyarakat hari ini mula mempelajari dan memahami topik berkaitan dodol. Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk membincangkan mengenai bahan dan cara pembuatan dodol, cara penjualan dodol serta masalah yang dihadapi dalam pembuatan dodol. Kajian ini menggunakan kaedah sejarah lisan di mana pengkaji-pengkaji menjalankan sesi temu bual bersama dua orang tokoh. Tokoh yang ditemu bual ialah Encik Zamri bin Sulaiman dan Encik Nazli bin Selamat yang merupakan pembuat dan penjual dodol di Malaysia. Antara hasil kajian ini mendapati bahawa kebanyakan pembuat dodol menggunakan bahan utama yang sama iaitu beras pulut, santan, gula dan garam. Cara pembuatan pula terbahagi kepada dua iaitu pembuatan secara moden dan pembuatan secara tradisional. Selain itu, cara penjualan yang sering digunakan untuk menjual dodol ialah dengan meletakkan di kedai dan secara atas talian (online [atas talian]). Seterusnya, masalah atau cabaran utama dalam pembuatan dodol ialah penipuan dalam penjualan santan, tahap ketahanan dodol yang sukar dikekalkan dan masalah yang timbul ketika menerima pekerja baru. Dengan ini, diharapkan artikel ini dapat membantu para pembaca supaya lebih memahami dan menghayati budaya mereka terutama dalam topik dodol ini.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Rasit, Asma Ilyana 2019230764 Mad Pauzi, Noor Faizzah 2019207956 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Ahmad, Mohd. Nazir UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Selangor |
Keywords: | Makanan Tradisional, Dodol, Proses Pembuatan, Penjualan, Masalah |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/98120 |
Download
98105.mp4
Download (1GB)
98105 (2).mp4
Download (684MB)
98105 (3).mp4
Download (76MB)