Abstract
Transkrip ini membincangkan tentang pengalaman seorang tokoh seni warisan dan budaya yang merupakan seorang yang berbangsa Cina yang melibatkan diri dalam seni tarian Melayu. Ramai dalam kalangan masyarakat pada masa kini, terutamanya generasi masa kini tidak mengetahui tentang warisan budaya di negara ini yang kian dilupakan. Selain menyentuh sedikit sebanyak mengenai latar belakang salah satunya tokoh yang mewariskan dalam seni tarian ini, projek sejarah lisan ini akan cuba mengungkapkan kebenaran dan mengetahui perkara sebenar di sebalik seni tarian Melayu ini. Kajian ini merupakan temu bual bersama Lee Teck Keong yang merupakan seorang tokoh seni dan budaya tempatan dan juga seorang koreographer. Beliau juga merupakan seorang pengurus persatuan seni tarian Melayu di negeri Pahang. Temubual ini dijalankan di Persatuan Mahligai Budaya Kuantan, Pahang. Tarikh temubual tersebut adalah pada 7 Disember 2023 bermula pada jam 8.00 malam hingga 10.00 malam. Lee Teck Keong mula mencuburi dalam bidang seni tarian Melayu ini dari tahun 1987 sehingga kini. Lee Teck Keong tidak hanya menjadi seorang pengurus persatuan tersebut tetapi juga terlibat menjadi seorang pengajar dalam bidang tarian Melayu dan tarian-tarian tradisional yang lain. Pelbagai halangan dan cabaran yang telah dihadapi oleh Lee Teck Keong semasa menjadi seorang koreographer dan pengurus dalam seni tarian Melayu. Sejarah kehidupan dan kerjaya beliau dapat dijadikan inspirasi kepada semua lapisan masyarakat.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Yaacob, Nur Shahwanie 2021652712 Mohd Razali, Siti Nur Nabila 2021809794 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Interviewee Lee, Teck Keong UNSPECIFIED Advisor Abdullah, Nurulannisa UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Dance > Special dances, A-Z L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Lee Teck Keong, pengurus persatuan, seni tarian Melayu, tokoh seni |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/98056 |