Abstract
Bagi mendalami dan mempelajari makanan tradisional orang Melayu di setiap negeri yang tidak begitu diambil berat dan dihiraukan, maka terhasil satu pendokumentasioan lisan yang berfokuskan khusus kepada makanan tradisional di negeri Kelantan iaitu Budu. Dari temubual bersama tokoh terhormat dan mempunyai pelbagai pengalaman dalam pembuatan budu orang Kelantan iaitu Encik Mohamad Izuan Bin Ismail yang merupakan seorang daripada legasi pembuatan Budu Cap Ketereh. Hasil daripada temubual dan sejarah lisan bersama dengan tokoh ini yang semestinya sangat mahir dalam pembuatan budu ini terdapat pelbagai maklumat tentang pembuatan Budu Cap Ketereh itu sendiri secara umum dan khusus yang dirakam melalui pendokumentasian ini. Bermula dari sejarah dan asal usul budu kemudiannya khasiat dan cara pemprosesan budu serta peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat budu cap ketereh ini. Selepas itu, mengetahui langkah-langkah yang tepat dalam pembuatan budu secara moden. Selain itu juga, turut membincangkan tentang strategi, cadangan dan juga cara untuk mempertingkat kesedaran tentang makanan tradisional budu di Malaysia yang tidak dikenali untuk mempopularkan lagi makanan tradisional budu di Malaysia ini.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohammad Huzaimi, Nur Eaizarisha Husna 2020813348 Jaafar, Nur Fatiehah 2020844942 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Ahmad, Mohd Nazir UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Selangor |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Budu, makanan tradisional, orang Melayu, Mohamad Izuan Ismail, Kelantan, Malaysia |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97999 |