Transkrip temubual bersama Dato' Paduka Profesor Madya Dr Mohd Rosli Saludin, tokoh warisan kebangsaan orang hidup mengenai penglibatan dan sumbangan dalam seni budaya dan warisan/ Amirah Farhah Kamaruddin and Syayidatul Alya Syazwina Jabanun Aladdin

Kamaruddin, Amirah Farhah Binti Kamaruddin and Jabanun Aladdin, Syayidatul Alya Syazwina (2023) Transkrip temubual bersama Dato' Paduka Profesor Madya Dr Mohd Rosli Saludin, tokoh warisan kebangsaan orang hidup mengenai penglibatan dan sumbangan dalam seni budaya dan warisan/ Amirah Farhah Kamaruddin and Syayidatul Alya Syazwina Jabanun Aladdin. Oral History Report. Universiti Teknologi MARA, Selangor. (Unpublished)

Abstract

Warisan, Adat Melayu, Kesusasteraan, dan Penciptaan Budaya bangsa seakan-akan dipinggirkan dalam era globalisasi ini yang tertumpu kepada budaya kebendaan, budaya sains, teknologi maklumat, serta budaya digital. Fenomena ini bukan di luar jangkaan kerana sains dan teknologi sahaja tidak dapat melahirkan insan yang mempunyai etika dan nilai yang kukuh dalam kesusateraan Melayu dengan sendirinya. Oleh itu, berdasarkan temubual bersama tokoh yang terhormat yang mempunyai pelbagai pengalaman serta sumbangan dalam bidang Sastera Tradisional, Kesenian, Kebudayaan, dan Adat Melayu, beliau ialah Prof Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin sebagai Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup. Berdasarkan temubual secara lisan ini, penyelidik dapat menggalur kehidupan beliau sebagai seorang tokoh Warisan Kebangsaan bagi kategori Orang Hidup, meneroka kehidupan beliau sebagai seseorang yang mempunyai latar belakang kemahiran dan ketokohan dalam bidang seni budaya dan mengkaji sumbangan yang dihasilkan oleh beliau serta pencapaian yang telah diterima sepanjang bergiat aktif dalam bidang Sastera Tradisional, Kesenian, Kebudayaan, dan Adat Melayu. Kaedah kajian yang dijalankan dalam kajian ini terdiri daripada penggunaan teknik temu bual secara lisan dan analisis dokumen. Kaedah temu bual secara bersemuka dan lisan dijalankan antara penyelidik dan tokoh. Penyelidik mengemukakan beberapa soalan yang disediakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih spesifik tentang penobatan tokoh sebagai tokoh seni budaya dan warisan. Selain itu, di dalam kajian ini juga turut menceritakan latar belakang dan juga sejarah. Justeru itu, kajian ini dapat memberi impak dan membuka mata masyarakat tentang kepentingan warisan budaya yang perlu diberi perlindungan dan diwarisi generasi seterusnya sebagai kekuatan jati diri masyarakat dan orang Melayu.

Metadata

Item Type: Monograph (Oral History Report)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Kamaruddin, Amirah Farhah Binti Kamaruddin
2021843218
Jabanun Aladdin, Syayidatul Alya Syazwina
2021498206
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Ahmad, Mohd Nazir
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Selangor
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management
Keywords: Zulkifli Ismail, pelakon, penulis, wartawan, seni lakonan, seni persembahan
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97997
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Rakaman sesi 1] Audio (Rakaman sesi 1)
97997 1.m4a

Download (15MB)
[thumbnail of Rakaman sesi 1] Audio (Rakaman sesi 1)
97997 2.m4a

Download (7MB)
[thumbnail of Rakaman sesi 1] Audio (Rakaman sesi 1)
97997 3.m4a

Download (9MB)
[thumbnail of Rakaman sesi 2] Audio (Rakaman sesi 2)
97997 1.m4a

Download (166MB)
[thumbnail of Rakaman sesi 2] Audio (Rakaman sesi 2)
97997 2.m4a

Download (2MB)

ID Number

97997

Indexing

Statistic

Statistic details