Transkrip temubual bersama encik Zulkifli bin Ismail, pelakon veteran mengenai pengalaman dan perjalanan hidup beliau dalam industri seni di Malaysia/ Nur Atika Mohed and Nur Farzana Azmi

Mohed, Nur Atika and Azmi, Nur Farzana (2022) Transkrip temubual bersama encik Zulkifli bin Ismail, pelakon veteran mengenai pengalaman dan perjalanan hidup beliau dalam industri seni di Malaysia/ Nur Atika Mohed and Nur Farzana Azmi. Oral History Report. Universiti Teknologi MARA, Selangor. (Unpublished)

Abstract

Transkrip ini membincangkan tentang pengalaman seorang tokoh dalam bidang seni lakonan di malaysia. Industri kreatif atau pun seni telah lama wujud berzaman lamanya. Seni ditakrifkan mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke-4 sebagai halus (kecil, cantik), nipis dan halus. Seni juga ditakrifkan sebagai karya yang dianugerahkan oleh ciptaan seperti puisi, lukisan, muzik, dan lain-lain. Manakala seniman (lelaki) dan seniwati (seniwati) pula ditakrifkan sebagai orang yang berbakat seni, mampu mencipta dan mempamerkan karya seni, seperti pelukis, penyair, penyanyi, dan sebagainya. Selain itu juga, ia ditakrifkan sebagai bintang filem sama ada lelaki atau perempuan yang telah lama berkecimpung dalam produksi filem dan telah mencapai tahap tertentu. Zulkifli bin ismail merupakan seorang seniman yang telah lama bertapak di dalam industri seni. Penyelidikan sejarah lisan ini bertujuan menyingkap tentang pengalaman beliau menjadi seorang pelakon dari awal kemunculannya pada 1986 sehingga kini. Selain itu, penyelidikan ini mengupas kisah latar belakang kehidupan, pendidikan, dan pengalaman beliau ketika menjadi seorang penulis serta wartawan sebelum bergelar pelakon sepenuh masa. Pengalaman beliau sangat meluas setelah lebih tiga dekad mengabdikan diri dalam industri seni lakonan tanah air. Implikasi kajian ini terutamanya kepada pengkaji, pelajar dan orang awam. Perekodan pengalaman serta sumbangan beliau terhadap kerjaya lakonan berpotensi bagi membantu individu yang baru menceburi bidang ini serta rekod boleh dijadikan bahan kajian bagi para pengkaji. Melalui projek sejarah lisan ini juga, diharap masyarakat luar terutamanya generasi akan datang akan lebih mengenali dengan lebih lanjut dan mendalam tentang seni lakonan dan pelakon veteran ini.

Metadata

Item Type: Monograph (Oral History Report)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohed, Nur Atika
2020952803
Azmi, Nur Farzana
2020175487
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Md Jali, Jafalizan
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Selangor
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management
Keywords: Zulkifli Ismail, pelakon, penulis, wartawan, seni lakonan, seni persembahan
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97991
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 97991.mp4] Video
97991.mp4

Download (647MB)
[thumbnail of 97991.mp4] Video
97991.mp4

Download (822MB)

ID Number

97991

Indexing

Statistic

Statistic details