Kesihatan mental dan fizikal pemacu kehidupan sejahtera / Mohd Tashdiq Fadilah ... [et al.]

Fadilah, Mohd Tashdiq and Saufi, Muhd Safuan and Hattono, Zarieq Syazrin and Kassim, Azalilah (2024) Kesihatan mental dan fizikal pemacu kehidupan sejahtera / Mohd Tashdiq Fadilah ... [et al.]. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869
Abstract

Kesihatan mental dan fizikal merupakan aspek yang penting dalam menelusuri kehidupan yang sejahtera. Kesihatan mental dan fizikal melibatkan beberapa aspek kesejahteraan hidup seperti tingkah laku, emosi dan spiritual yang sihat. Kepentingan kedua elemen ini mampu memberi kesan yang positif dalam membina kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Memiliki kesihatan mental dan fizikal merupakan aspek utama yang perlu dititikberatkan oleh masyarakat agar dapat mengekalkan kehidupan yang baik untuk generasi pada masa akan datang. Menurut Safian Tajuddin (2007), beliau mengatakan bahawa kesihatan yang sempurna ialah kesihatan dari segi aspek jasmani, emosi, sosial dan rohani serta tidak memfokuskan hanya kepada yang tidak berpenyakit. Kesihatan mental dan fizikal memainkan peranan yang penting dalam memacu kehidupan sejahtera dan membentuk satu landasan yang teguh dalam menelusuri kehidupan yang semakin mencabar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 97974.pdf]
Text
97974.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics