Abstract
Kesihatan mental dan fizikal merupakan aspek yang penting dalam menelusuri kehidupan yang sejahtera. Kesihatan mental dan fizikal melibatkan beberapa aspek kesejahteraan hidup seperti tingkah laku, emosi dan spiritual yang sihat. Kepentingan kedua elemen ini mampu memberi kesan yang positif dalam membina kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Memiliki kesihatan mental dan fizikal merupakan aspek utama yang perlu dititikberatkan oleh masyarakat agar dapat mengekalkan kehidupan yang baik untuk generasi pada masa akan datang. Menurut Safian Tajuddin (2007), beliau mengatakan bahawa kesihatan yang sempurna ialah kesihatan dari segi aspek jasmani, emosi, sosial dan rohani serta tidak memfokuskan hanya kepada yang tidak berpenyakit. Kesihatan mental dan fizikal memainkan peranan yang penting dalam memacu kehidupan sejahtera dan membentuk satu landasan yang teguh dalam menelusuri kehidupan yang semakin mencabar.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Fadilah, Mohd Tashdiq UNSPECIFIED Saufi, Muhd Safuan UNSPECIFIED Hattono, Zarieq Syazrin UNSPECIFIED Kassim, Azalilah UNSPECIFIED |
Subjects: | W General Medicine. Health Professions > WA Public Health |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Kesihatan, mental, fizikal, emosi, spiritual |
Date: | May 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97974 |