Pantun majlis pertunangan / Melati Desa

Desa, Melati (2024) Pantun majlis pertunangan / Melati Desa. Bulletin. Academy of Language Studies.

Abstract

Lidah pendita kiasan bersulam
Senyum menguntum tamu persila
Bismillah kata pesanan kalam
Assalamualaikum majlis bermula

Bertukar salam senyum diraih
Batik pelikat selindang melintang
Waalaikumsalam terima kasih
Apa hajat rombongan datang?

Jawi Rumi tulisan khat
Seni canting zaman berzaman
Ke sini kami kunjungan beradat
Ingin menyunting kembang di taman

Tikar anyaman daun mengkuang
Diraut Cik Siti sirat menyirat
Memikat kembang jangan bertualang
Terpaut hati hajat bersyarat

Berbaju labuh berkain kembang
Masakan sama berbaju mini
Dari jauh kami datang
Menurut saja adat di sini
.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Desa, Melati
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Hassan, Norhaslinda
UNSPECIFIED
Chief Editor
Razali, Wan Noorli
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Academy of Language Studies
Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Lingua
ISSN: 2600-7134
Keywords: e-Lingua, Academy of Language Studies, UiTM Pulau Pinang
Date: May 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97853
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 97853.pdf] Text
97853.pdf

Download (979kB)

ID Number

97853

Indexing

Statistic

Statistic details