Abstract
Rokok sudah menjadi sebahagian kehidupan manusia sejak sekian lama. Sejak abad ke-18, ia menjadi semakin komersial dan dipasarkan secara meluas. Rokok elektronik atau vape diperkenalkan di China pada tahun 2003 dan bermula dari situ, ia berkembang di pasaran. Penggunaan rokok elektronik dalam kalangan remaja di Malaysia menunjukkan peningkatan mendadak dari 9.8% pada tahun 2017 kepada 14.9% pada tahun 2022. Ramai orang beranggapan rokok elektronik lebih selamat kerana asap disedut kononnya tidak memberi kesan yang besar kepada paru-paru. Namun hakikatnya, rokok elektronik mengandungi nikotin. Otak kanak-kanak dan remaja yang masih sedang berkembang paling terdedah kepada kesan risiko rokok elektronik ini. Kajian menunjukkan apabila individu mula merokok pada usia muda, mereka akan menjadi ketagih dan kekal sebagai perokok sehingga dewasa ke usia tua.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Awang Bolhan, Dayangku Ruhayah UNSPECIFIED Mohamad Yasin, Siti Aimi UNSPECIFIED Ismail, Nur lzyan UNSPECIFIED Norizan, Saifulrizan UNSPECIFIED Ahmad, Azura UNSPECIFIED |
Subjects: | W General Medicine. Health Professions > WA Public Health |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Rokok, dewasa, remaja, rokok elektronik |
Date: | May 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97560 |