Abstract
Di Malaysia, industri batik diklasifikasikan di bawah produk kraftangan yang menyumbang secara signifikan kepada ekonomi orang Melayu. Pasaran batik Malaysia telah mengalami perkembangan yang pesat dalam beberapa tahun yang lalu. Pertumbuhan industri batik dan permintaan pelanggan yang ramai telah mendorong penggiat industri seni untuk mengembangkan produk batik yang inovatif dan kompetitif. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual dengan seorang seniman dan juga merupakan seorang usahawan dalam industri 'Batik' di Tumpat, Kelantan iaitu Puan Zainun Binti Abdul Rahman. Temubual ini dijalankan pada tarikh 21.6.2023 bersamaan dengan hari Rabu pada pukul 10. 00 pagi bertempat di pejabat Ayu Fashion. Beliau telah menceburi bidang batik sejak tahun 1979. Kebanyakan produk batiknya telah terjual ke nama-nama yang besar seperti kerabat di Raja begitu juga golongan bangsawan. Tambahan pula, pasaran batiknya telah menembusi pasaran luar negara seperti Indonesia, Thailand, Brunei dan Perancis.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Nasir, Nuralisa 2021122177 Mat Sanusi, Aina Sorfina 2021121379 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Interviewee Abdul Rahman, Zainun UNSPECIFIED Advisor Abdullah, Nurulanissa UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Textile arts and art needlework > Batik N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Batik, seni, pasaran, usahawan, antarabangsa |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97427 |