Abstract
Kajian ini membincangkan tentang tema kartun dalam majalah Ujang pada era alaf baharu. Pelbagai majalah kartun Malaysia yang telah berada dalam pasaran, merungkai pelbagai tema di dalam karya kartun lerang tersebut diantaranya kartun Lawak Antarabangsa, Mat Despatch, ‘Workshop dan sebagainya. Namun, kajian terhadap kartun lerang dalam bidang ilmiah masih tidak banyak dan kajian ini akan melihat kepada aspek tema dalam majalah kartun Malaysia dimana identiti kartun haruslah berasaskan identiti Kemelayuan dan Kemalaysian. Sebagai kartunis tempatan, mereka bertanggungjawab untuk mengetengahkan identiti Kemalaysiaan dalam karya - karya kartun yang mencerminkan kehidupan masyarakat Malaysia khususnya dalam aspek tema. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis tema kartun dalam majalah Ujang pada alaf baharu. Antara kartun yang terlibat adalah Mat Despatch, Workshop, Lawak Merdeka, Kehidupan dan Anda: Merdeka dan Hantu Lampor oleh kartunis Lengkuas, Sukun, Bijan, Bawang dan Lepat. Pendekatan kajian ini adalah menggunakan kaedah kualitatif, iaitu melibatkan analisis kandungan yang merangkumi jalan cerita, Bahasa, dialog, watak dan simbol dalam kartun. Melalui perkaryaan kartun daripada aspek tema dalam Majalah Ujang, terdapatnya intipati kartun yang mencerminkan kehidupan masyarakat tempatan daripada pelbagai aspek antaranya sosio-budaya, sosio-ekonomi, kepercayaan dan mitos. Melalui kajian kartun ini, pengkaji berharap agar ianya dapat dijadikan sebagai suatu wadah kefahaman, maklumat dan memberi manfaat dalam bidang pengajian ilmiah kartun terutamanya dalam kalangan ahli akademik dan umum.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Rahim, Nor Nadhirah Aniqah nadhirahaniqah7@gmail.com Ab. Aziz, Arbaiyah arbaiyah@uitm.edu.my Abd Aziz, Mohamad Kamal mkamal054@uitm.edu.my |
Subjects: | N Fine Arts > NX Arts in general |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design |
Journal or Publication Title: | International Journal of Art and Design (IJAD) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > International Journal of Art and Design (IJAD) |
ISSN: | 2710-5776 |
Volume: | 7 |
Number: | 1 |
Keywords: | Innovative learning; Visual art education; Secondary school; Technology; Gamification |
Date: | June 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97420 |