Kajian fisibiliti Pasar Tani Kekal (PTK) Kuala Krai, Kelantan / Dr. Tuan Mohd Rosli Tuan Hassan ... [et al.]

Tuan Hassan, Tuan Mohd Rosli and Abdulatiff, Nik Kamaruzaman and Ya, Mohamad Safri and Nik Ismail, Nik Nor Hasimah and Ismail, Zurina and Azid@Maarof, Nur Niswah Naslina (2017) Kajian fisibiliti Pasar Tani Kekal (PTK) Kuala Krai, Kelantan / Dr. Tuan Mohd Rosli Tuan Hassan ... [et al.]. [Research Reports] (Unpublished)
Abstract

Kuala Krai merupakan jajahan yang kedua terbesar di Kelantan. Kegiatan ekonomi utama penduduk Kuala Krai adalah pertanian. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bercadang utuk membina sebuah tapak pasar tani kekal (PTK) di Kuala Krai bagi membantu penjanaan ekonomi penduduk sekitar dengan harga yang lebih berpatutan. Bagi melihat kewajaran penubuhan Pl;'K ini, satu kajian fisibiliti telah dijalankan. Kajian ini dijalankan dengan mengambil kira pandangan daripada 109 usahawan tani dan 226 pengunjung pasar dan pasar tani sedia ada. Maklumat yang diperlukan dijana melalui penggunaan borang kaji selidik yang diedarkan kepada usahawan dan pengunjung serta sesi temubual dengan kumpulan fokus yang terdiri dari wakil agensi-agensi berkaitan iaitu Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai, Majlis Daerah Kuala Krai, Jabatan Kerja Raya, Syarikat Air Kelantan dan Penggawa. Dapatan kajian mendapati permintaan adalah tinggi terhadap barangan segar seperti sayur­sayuran dan buah-buahan, bahan mentah seperti ikan, ayam dan daging, bahan masakan (runcit), dan kuih-muih serta lauk-pauk. Corak permintaan sebegini sangat bertepatan dengan konsep PTK yang dicadangkan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 97417.pdf]
Text
97417.pdf
Download (244kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | Kampus Machang, Kelantan
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics