Abstract
Temu bual ini dilakukan bersama Dato' Zulkepli Bin Mohamad (Zul Wisma) yang merupakan penggiat seni dikir barat. Berasal dari Pasir Mas, Kelantan, seni dikir barat yang merupakan salah satu seni budaya negeri Kelantan. Walaupun beliau sudah berusia 59 tahun, beliau masih bergiat aktif dalam seni dikir barat ini. Dato' Zulkepli telah berkecimpung dalam bidang dikir barat ini sejak muda lagi. Dimana pada mulanya, ia sekadar satu minat dan satu hiburan untuk mengisi masa lapang. Beliau telah mula berkecimpung dalam bidang ini seawal umur 20-an lagi dan bergiat dengan lebih aktif selepas bakat beliau mula mendapat perhatian. Seni dikir barat merupakan seni yang sangat digemari oleh semua lapisan masyarakat khususnya masyarakat Kelantan. Antara persoalan yang ingin diutarakan di dalam wawancara ini adalah mengenai latar belakang tokoh, latar belakang seni dikir barat, cabaran yang dihadapi dan harapan pada masa hadapan. Adalah diharapkan dengan wawancara ini dapat menaikkan semula nilai seni dikir barat dalam kalangan generasi muda pada masa kini. Bukan itu sahaja, adalah diharapkan semoga seni dikir barat ini dapat dipromosikan ke peringkat antarabangsa.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Che Seman, Che Fatin Noor Aida 2021106199 Muhammad Zaki, Nur Syamimi Amirah 2021127895 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Interviewee Mohamad, Dato' Zulkepli UNSPECIFIED Advisor Abdullah, Nurulanissa UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history M Music and Books on Music > ML Literature of music > History and criticism > Folk, national, and ethnic music M Music and Books on Music > ML Literature of music > Music as a profession. Vocational guidance |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Seni Dikir Barat, Kelantan, Zul Wisma |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97364 |