Abstract
Kajian ini bertujuan meneroka hasil tenunan songket sebagai salah satu warisan dan simbol tarikan di Malaysia. Kajian ini dilihat dari aspek peralatan, budaya, motif, penggunaannya dan tarikan tenunan songket di Malaysia. Songket merupakan kain tenunan tangan tradisional dari Orang Melayu dan keindahannya terletak pada reka bentuk motif songket yang ditenun secara rumit pada kain. Selain itu, pakaian songket mempunyai nilai yang tersediri oleh si pemakai kerana kerumitan motif dan kehalusan seni yang dipraktikkan oleh penenun songket melambangkan kedudukan si pemakai clan ketelitian seni warisan tenunan songket sejak berabad lamanya. Pendekatan kulatitatif telah digunakan di dalam kajian ini dimanana teknik pengumulan data dilakukan seperti temubual bersama tokoh songket negara bagi mendapat keterangan yang lebih terperinci mengenai perihal songket sebagai simbol warisan negara clan juga data yang dikumpul melalui rujukan dari para penyelidik tentang topik yang berkaitan dengan songket. Temubual dilakukan bersama seorang tokoh songket di Terengganu mengetahui latar belakang, pengalaman dan kemahiran beliau selama berkecimpung di dalam bidang tenunan songket di Malaysia.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mustapa, Nurin Syazwani 2020905693 Taliyang@Alias, Siti Nor Aisyah 2019689664 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Interviewee Wan Awang, Wan Manang UNSPECIFIED Advisor Abdullah, Nurulannisa UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Textile arts and art needlework > Songket N Fine Arts > NX Arts in general > Study and teaching. Research N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | songket, motif, cabaran, warisan, fesyen moden |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97315 |