Abstract
Temubual ini dilakukan bersama Supian Hanuman Ikan atau nama sebenar iaitu Encik Supian bin Hassan untuk mengetahui tentang perkhidmatan beliau dalam kejayanya sebagai Tukang Karut Dikir Barat dan Penulis Lirik terkenal di Negeri Kelantan. Temubual ini telah dijalankan di kawasan perumahan Encik Supian sendiri di Tanah Merah, Kelantan. Tarikh temubual tersebut adalah pada 10 Jun 2023 bermula pada jam 8 pagi hingga 11:30 pagi. Encik Supian bin Hassan mula terlibat dalam seni dikir barat ini mulai tahun 1990 dan telah berjaya merangkul beberapa kejayaan sepanjang menjadi seorang Tukang Karut dan Penulis Lirik. Tidak hanya terhad kepada Seniman Dikir Baral, Encik Supian bin Hassan juga adalah Penolong Pengarah Kementerian Belia dan Sukan dan bermula kariernya sejak tahun 2001 di Kompleks Belia dan Sukan, Negeri Kelantan sehinggalah sekarang. Pelbagai rintangan dan cabaran telah dihadapi oleh Encik Supian bin Hassan selama bergelar sebagai Tukang Karut dikir dan Penulis Lirik Terkenal. Sejarah kehidupan dan kerjaya beliau dapat dijadikan sumber inspirasi kepada semua orang.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Syukry, Lis Safiah 2022923955 Salehudin, Yasmin 2022780403 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Interviewee Hassan, Supian UNSPECIFIED Advisor Abdullah, Nurulannisa UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history M Music and Books on Music > ML Literature of music > History and criticism > Folk, national, and ethnic music M Music and Books on Music > ML Literature of music > History and criticism > Composition and performance M Music and Books on Music > ML Literature of music > Music as a profession. Vocational guidance |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Supian Hanuman Ikan, Tukang Karut, Dikir Barat, Negeri Kelantan, Penulis Lirik |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97307 |