Faktor-faktor yang menyumbang ke arah kecemerlangan akademik mahasiswa-mahasiswi UiTMCK: suatu kajian mengenai kepuasan pelanggan terhadap mutu perkhidmatan dan kemudahan asas / Mohamad Safri Ya, Saripah Abdul Latif and Prof. Madya Zainudin Awang

Ya, Mohamad Safri and Abdul Latif, Saripah and Awang, Zainudin (2003) Faktor-faktor yang menyumbang ke arah kecemerlangan akademik mahasiswa-mahasiswi UiTMCK: suatu kajian mengenai kepuasan pelanggan terhadap mutu perkhidmatan dan kemudahan asas / Mohamad Safri Ya, Saripah Abdul Latif and Prof. Madya Zainudin Awang. [Research Reports] (Unpublished)
Abstract

Dari pemerhatian, didapati kemudahan asas dan perkhidmatan kaunter di UiTM, terutama di kampus cawangan belum begitu memuaskan. Masih banyak kampus cawangan yang di dalam fasa pembangunan, termasuklah UiTM Kelantan. Diperhatikan juga, walau pun secara bandingan, peratus kelulusan pelajar UiTMCK adalah lebih baik dari peratus kelulusan pelajar UiTM secara keseluruhan, tetapi bila dikaji dengan lebih terperinci didapati keputusan mengikut taburan GP A dan CGP A adalah tidak begitu memuaskan. Secara majoriti pelajar-pelajar UiTMCK mempunyai GPA dan CGPA kurang dari 3.0. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi akademik mereka? Mungkinkah keadaan ini disebabkan oleh kemudahan asas dan perkhidmatan kaunter yang tidak memuaskan?

Kajian telah dijalankan untuk mengukur kepuasan mahasiswa-mahasiswi UiTMCK terhadap kemudahan asas dan perkhidmatan kaunter yang disediakan. Ia juga untuk mengukur kekuatan korelasi antara kemudahan asas dan perkhidmatan kaunter yang disediakan dengan tahap prestasi akademik pelajar-pelajar UiTMCK.

Penemuan kajian menunjukkan kemudahan asas yang disediakan di UiTMCK tidak menimbulkan masalah besar kepada para pelajar. Bagaimana pun, pelajar merasa kurang berpuas hati dengan kemudahan klinik perubatan dan sukan serta riadah. Lain-lain masalah yang dikenal pasti ialah bilik kuliah tidak kedap bunyi, kemudahan bilik air di blok kuliah tidak mencukupi, bahan rujukan di perpustakaan tidak mencukupi dan tidak terkini, dan perkhidmatan internet di perpustakaan tidak memuaskan.

Secara umumnya, para pelajar menganggap mutu perkhidmatan kaunter adalah sederhana. Hanya mutu perkhidmatan kaunter di perpustakaan sahaja yang dianggap boleh mempengaruhi prestasi akademik mereka. Ujian Korelasi Spearman's Rho juga menunjukkan kedua-dua kemudahan asas dan mutu perkhidmatan kaunter tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi akademik. Mungkin terdapat faktor-faktor lain yang lebih signifikan yang boleh mempengaruhi prestasi akademik mahasiswa/i. Satu faktor yang boleh dibuat kajian lanjut ialah mutu perkhidmatan pensyarah kepada pelajar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 97149.pdf]
Text
97149.pdf
Download (2MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | Kampus Machang, Kelantan
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics