Abstract
Kesihatan seseorang individu dapat ditentukan daipada pelbagai faktor pemyumbang seperti genetik, amalan sikap kesihatan dan faktor sosial dan persekitaran. Kesihatan seseorang adalah sesuatu yang tidak dapat dibandingan dengan wang atau harta benda. Kesihatan yang baik dapat memberikan emosi yang lebih stabil dalam kehidupan seharian kita. Gaya pemakanan adalah penyumbang kepada masalah kesihatan yang utama. Kesibukan bekerja adalah penyumbang utama kepada seseorang individu tidak menjaga gaya pemakanan yang sihat. Makanan yang berkhasiat adalah untuk memberi tenaga dan memenuhi keperluan nutrisi tubuh badan. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan garis panduan tentang corak pemakanan yang sihat seperti pengenalan kepada suku-suku-separuh. Kaedah suku-suku-separuh adalah dimana seseorang individu perlu mengambil separuh sayur, suku nasi dan suku protein seperti ayam atau ikan. Bagi individu yang bekerja semestinya tiada masa untuk mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yusef, Nurul Ain Umaiban UNSPECIFIED Zainuddin, Atiqah Najwa UNSPECIFIED Che Lat, Diana UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Sayur, nasi, ayam, ikan, genetik |
Date: | May 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96877 |