Masalah penyalahgunaan dadah di bandaraya Kuching / Ameran Ali and Julaihi @ Ley Tol

Ali, Ameran and Tol, Julaihi @ Ley (1996) Masalah penyalahgunaan dadah di bandaraya Kuching / Ameran Ali and Julaihi @ Ley Tol. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Dadah bukanlah perkara baru dalam kehidupan manusia. Manusia telah menggunakan dadah sejak berabad-abad dahulu. Namun tarikh sebenar manusia mula menggunakan dadah dalam kehidupan amat sukar ditentukan. Dadah seperti ganja atau marijuana dipercayai telah digunakan oleh orang pada zaman dahulu sebagai "pencuci dosa". Daripada sumber sejarah China, dadah dianggap sebagai "sumber kegembiraan" dan digunakan dalam upacara-upacara tertentu. Dalam kepercayaan Hindu Tua pula dadah dianggap sebagai "pemandu ke syurga" dan "pelembut penderitaan batin". Pada tahun 1925 berikutan Persidangan Geneva kerajaan Inggeris telah mengenakan sekatan terhadap penghisap candu. Kerajaan hanya menjual candu kepada penghisap candu yang berdaftar. Setelah persidangan kedua diadakan di Geneva sekatan selanjutnya telah dikenakan terhadap penghisap candu. Kerajaan Inggeris pada masa itu hanya akan menjual candu mereka yang memerlukannya atas nasihat pakar perubatan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 96786.pdf]
Text
96786.pdf
Download (919kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | PTAR Kampus Samarahan 2, Sarawak
Item Status
Processing
Indexing & Metrics