Abstract
Dadah bukanlah perkara baru dalam kehidupan manusia. Manusia telah menggunakan dadah sejak berabad-abad dahulu. Namun tarikh sebenar manusia mula menggunakan dadah dalam kehidupan amat sukar ditentukan. Dadah seperti ganja atau marijuana dipercayai telah digunakan oleh orang pada zaman dahulu sebagai "pencuci dosa". Daripada sumber sejarah China, dadah dianggap sebagai "sumber kegembiraan" dan digunakan dalam upacara-upacara tertentu. Dalam kepercayaan Hindu Tua pula dadah dianggap sebagai "pemandu ke syurga" dan "pelembut penderitaan batin". Pada tahun 1925 berikutan Persidangan Geneva kerajaan Inggeris telah mengenakan sekatan terhadap penghisap candu. Kerajaan hanya menjual candu kepada penghisap candu yang berdaftar. Setelah persidangan kedua diadakan di Geneva sekatan selanjutnya telah dikenakan terhadap penghisap candu. Kerajaan Inggeris pada masa itu hanya akan menjual candu mereka yang memerlukannya atas nasihat pakar perubatan.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ali, Ameran UNSPECIFIED Tol, Julaihi @ Ley UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Study and teaching. Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus |
Programme: | Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Keywords: | masalah, penyalahgunaan,dadah |
Date: | 1996 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96786 |
Download
96786.pdf
Download (919kB)