Abstract
PADANG, SUMATERA BARAT INDONESIA, 16 JUL 2022 Universiti Teknoiogi MARA dan 64 buah Institusi di bawah Asosiasi Pendidikan Diploma Farmasi Indonesia (APDFI) hari ini, telah menandatangani Memorandum Persefahaman bersama di satu majlis yang telah diadakan di Hotel Truntum, Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Majlis menandatangani MoU bagi kedua belah pihak, diwakili oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Shariza Sahudin, mewakili Datuk Naib Canseior UiTM disaksikan olieh YBrs. Profesor Madya Ir. Dr. Ahmad Rashidy Razali, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik Menjalankan Tugas-Tugas Rektor UITM Cawangan Pulau Pinang, Kesemua 64 buah institusi di bawah Asosiasi Pendidikan Diploma Farmasi Indonesia di seluruh nusantara negara Indonesia diwakili oleh Pengurusan Tertinggi institusi masing-masing.
Berucap pada majlis menandatangani pemeteraian MoU ini, Apoteker Doktor Randa Ibu Yusmaniar, Pengerusi Asosiasi Pendidikan Diploma Farmasi Indonesia berkata, “APFDI bertanggungjawab dalam memastikan setiap ahli asosiasi ini mendapat manfaat jangka pendek dan panjang dalam persefahaman ini, selain dapat memperkukuhkan jaringan kedua-buah buah negara dalam bidang Farmasi. Oleh itu, UiTM satu-satunya universiti awam di Malaysia yang menawarkan program Diploma Farmasi dapat menzahirkan wadah kami dalam kelestarian kualiti Pendidikan Diploma Farmasi dan Diploma Analisa Farmasi dan Makanan di Indonesia. Kerjasama ini dilihat dapat membangunkan Pendidikan Farmasi bagi kedua buah negara bersaudara ini”.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, News Team UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
Keywords: | UiTM News Hub, Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang, UiTM |
Date: | July 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96710 |