Abstract
Manusia di dunia ini berhak menikmati mental yang sihat dan sejahtera. Justeru, artikel ini ditulis bertujuan untuk membantu mahasiswa dalam mengurangkan kemerosotan kesihatan mental di alam kampus. Pensyarah dan pelajar perlu berganding bahu dalam mengurangkan kemurungan di kalangan mahasiswa kerana mereka merupakan aset terpenting dalam pembangunan sumber manusia kepada negara. Tahap kesihatan mental yang merosot akan menyumbang kepada peningkatan yang ketara dalam kes bunuh diri, jenayah dan bilangan pesakit mental di Malaysia. Mahasiswa di Malaysia yang mengalami masalah mental seringkali dikaitkan dengan faktor sosiodemografi, psikososial dan faktor kesihatan. Mereka berisiko tinggi berdepan masalah kesihatan mental apabila mereka berada dalam keadaan stres yang melampau akibat daripada penyesuaian diri dalam konteks pendidikan, sosial, psikologi dan persekitaran.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sarnin, Suzi Seroja UNSPECIFIED Md Tan, Mohd Nor UNSPECIFIED Dohad, Mohd Rizal UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Pendidikan, sosial, psikologi, persekitaran |
Date: | May 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96691 |