Langau: serangga kecil yang menyumbang kepada kestabilan ekosistem hutan hujan tropika negara kita / Dr. Azwandi Ahmad and Ahmad Azani Othman

Ahmad, Azwandi and Othman, Ahmad Azani (2024) Langau: serangga kecil yang menyumbang kepada kestabilan ekosistem hutan hujan tropika negara kita / Dr. Azwandi Ahmad and Ahmad Azani Othman. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869

Abstract

Perubahan iklim dan penebangan hutan tan pa kawalan boleh menyebabkan ekosistem hutan hujan negara kita menjadi semakin tidak stabil dan seterusnya menyumbang kepada kemerosotan biodiversiti. Serangga adalah sebahagian besar kepada komponen biodiversiti di habitat ini. Walaupun komuniti serangga mudah terancam oleh perubahan iklim dan pencerobohan, tidak dapat dinafikan peranannya dalam kemampanan hutan hujan tropika di dunia adalah besar. Pada masa sekarang, pengetahuan tentang struktur populasi dan ekologi fauna serta peranannya di hutan negara kita masih belum betulbetul difahami. Antara serangga yang akan dibincangkan ini ialah langau, iaitu sejenis lalat bersaiz sederhana daripada family Calliphoridae yang mempunyai badan yang berwarna hijau, biru, kuning atau hitam berkilat serta boleh dijumpai di manamana. Di bahagian kepala lalat ini terdapat antena bersegmen tiga, dan mempunyai dua bulu kejur pada bahagian notopleuron. Kitar hidupnya adalah singkat, iaitu dengan kebanyakan spesies hanya mengambil masa lapan sehingga sembilan hari daripada peringkat telur sehinggalah ke peringkat dewasa. Peringkat pramatang langau dihabiskan dengan memakan tisu bangkai haiwan, yang mana ia diperlukan sebagai sumber protein utama untuk berkembang menjadi lalat dewasa.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad, Azwandi
UNSPECIFIED
Othman, Ahmad Azani
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Keywords: Langau, serangga kecil, hutan hujan negara, Calliphoridae, notopleuron
Date: May 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96680
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 96680.pdf] Text
96680.pdf

Download (3MB)

ID Number

96680

Indexing

Statistic

Statistic details