Menjejak pengalaman sukarelawan dalam KARISMA 2024 / Razif Sazali and Mai Dhaniah Meor Ab. Rahim

Sazali, Razif and Meor Ab. Rahim, Mai Dhaniah (2024) Menjejak pengalaman sukarelawan dalam KARISMA 2024 / Razif Sazali and Mai Dhaniah Meor Ab. Rahim. In: NADI SUKARELAWAN. Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan Branch, Seremban Campus. ISBN 9786299938323

Abstract

Dalam Karnival Sukan Mahasiswa UiTM ke-XXIX (KARiSMA) 2024 telah melahirkan sukarelawan dari pelbagai bidang yang memberikan impak besar kepada para pelajar. Salah seorang sukarelawan cemerlang yang berperanan dalam sukan badminton adalah Zulqarnain Bin Wahid iaitu seorang pelajar Program Diploma Teknologi Makanan di Fakulti Sains Gunaan, Kampus Kuala Pilah. Melalui wawancara, Zulqarnain berkongsi pengalaman dan pandangannya mengenai sukarelawanisme. Zulqarnain mula terlibat dalam acara Karisma 2024 melalui Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP). Jawatankuasa ini memberi peluang kepada Zulqarnain dan rakan-rakan sejawatnya untuk melibatkan diri sebagai sukarelawan. Sebagai pemain badminton yang berpengalaman, Zulqarnain juga berkongsi pengalaman sukarelawan sebelumnya, termasuk penyertaan dalam Spartan Stadion Dan L'etape Johor By Tour De France. "Saya mula terlibat kerana saya dibawah Jawatankuasa Sukan Pelajar atau lebih dikenali sebagai JSP. JSP diberi peluang untuk membantu sebagai sukarelawan untuk KARISMA kali ini," katanya. Apa yang mendorong Zulqarnain untuk menjadi sukarelawan dalam KARiSMA 2024? Menurutnya, keinginan untuk memberikan khidmat kepada UiTM Cawangan Seremban serta menambah ilmu melalui pengalaman dan kemahiran sosial adalah faktor pendorong utama. Selain itu, sebagai pelajar dari Kampus Kuala Pilah, Zulqarnain merasakan tanggungjawab untuk menyumbangkan tenaga kepada kejohanan yang diadakan oleh UiTM Cawangan Negeri Sembilan. "Saya ingin memberikan khidmat kepada pihak UiTM Cawangan Seremban serta menambah ilmu dari sedut pengalaman berbentuk kemahiran kompetensi sosial," ungkapnya. Zulqarnain melihat peranan sukarelawan sebagai pemangkin gerakan holistik dalam menjalankan tugas yang diberikan. Dalam konteks KARiSMA 2024, dia percaya sukarelawan dapat melancarkan segala urusan secara berkesan dan menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sazali, Razif
UNSPECIFIED
Meor Ab. Rahim, Mai Dhaniah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Keywords: Sukarelawan, KARISMA, Karnival Sukan Mahasiswa, UiTM
Date: April 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96503
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 96503.pdf] Text
96503.pdf

Download (1MB)

ID Number

96503

Indexing

Statistic

Statistic details