Dari sukarelawan MSSM ke KARISMA / Razif Sazali and Mai Dhaniah Meor Ab. Rahim

Sazali, Razif and Meor Ab. Rahim, Mai Dhaniah (2024) Dari sukarelawan MSSM ke KARISMA / Razif Sazali and Mai Dhaniah Meor Ab. Rahim. In: NADI SUKARELAWAN. Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan Branch, Seremban Campus. ISBN 9786299938323

Abstract

Dahulu, Noor Nada Hazirah Binti Abdul Rahman atau lebih mesra dipanggil Nada, pernah menjadi sukarelawan di Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM). Sebagai anak Johor, pengalamannya di MSSM menarik minatnya untuk terlibat dalam KARISMA kali ini. Beliau, seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi di Fakulti Sains Gunaan, Kampus Kuala Pilah, sangat teruja dengan peluang untuk menimba ilmu dalam bidang yang berlainan. Ditugaskan dalam bahagian fotografi dan dokumentasi, Nada mendapati pengalaman ini memperkukuhkan kemahiran fotografinya. Apabila ditanya mengapa dia mahu menjadi sukarelawan, Nada berkata, "Saya ingin mendapatkan pengalaman mengendalikan kejohanan besar di peringkat universiti. Negeri Sembilan menjadi tuan rumah, dan saya tidak boleh melepaskan peluang ini untuk menyumbang kepada kejayaan kejohanan ini." Menurutnya, menjadi sukarelawan adalah peluang keemasan untuk terlibat secara langsung dalam komuniti. "Sukarelawan membantu komuniti menjayakan program yang memberi kebaikan sejagat. Dengan semangat sukarelawan, kita dapat memupuk sikap perpaduan dan bekerjasama," kata Nada.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sazali, Razif
UNSPECIFIED
Meor Ab. Rahim, Mai Dhaniah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Keywords: Sukarelawan, MSSM, KARISMA, Fakulti Sains Gunaan, Kuala Pilah
Date: April 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96435
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 96435.pdf] Text
96435.pdf

Download (1MB)

ID Number

96435

Indexing

Statistic

Statistic details