Sukarelawan Unit Kesihatan Nadi Sukan KARISMA / Dr. Shawal and Dr. Nur Shahirah Jamaluddin

Shawal, Shawal and Jamaluddin, Nur Shahirah (2024) Sukarelawan Unit Kesihatan Nadi Sukan KARISMA / Dr. Shawal and Dr. Nur Shahirah Jamaluddin. In: NADI SUKARELAWAN. Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan Branch, Seremban Campus. ISBN 9786299938323

Abstract

Pengurusan KARiSMA 2024 edisi kali ini melihat Negeri Sembilan sebagai penganjur utama telah membuka ruang kerjasama setiap unit dan jabatan dalam kampus UiTM negeri Sembilan secara holistik. Unit Kesihatan tidak tersisih memberi sumbangan sukarelawan dalam menjayakan penganjuran KARISMA edisi Negeri Sembilan. Kebanjiran atlet dari empat belas negeri membuatkan elemen Kesihatan dan keselamatan harus dititikberatkan ketika acara sukan KARISMA berlangsung. Penglibatan sukarelawan Unit Kesihatan menjadi nadi dalam acara sukan KARISMA dalam menjamin atelit, kakitangan mahu pun para pengunjung yang hadir berada dalam keadaan selamat dan sihat. Unit Kesihatan merupakan jawatankuasa perubatan dan kecemasan KARISMA 2024, yang diketuai oleh Dr. Ain Zulaikha Abdul rahim selaku ketua jawatankuasa perubatan dan keselamatan dan dibantu oleh Dr. Nur Shahirah Jamaluddin selaku timbalan jawatankuasa. Jawatankuasa ini diberi tanggungjawab memastikan pengurusan kesihatan, keselamatan dan siap siaga perubatan berjalan lancar sepanjang KARISMA. Jawatankuasa ini turut terdiri dari 18 orang Unit Kesihatan UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Jawatankuasa dibahagikan kepada 2 perkampungan utama iaitu perkampungan Seremban bertempat di Unit Kesihatan Seremban dan perkampungan Rembau bertempat di Unit Kesihatan Rembau. Bagi tujuan menjaga kesihatan, keselamatan dan kebajikan khususnya pelajar dan atlet unit kesihatan memanjangkan waktu operasi klinik sehingga ke waktu malam dan hujung minggu.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Shawal, Shawal
UNSPECIFIED
Jamaluddin, Nur Shahirah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Keywords: Unit Kesihatan, nadi sukan, KARISMA, UiTM, Negeri Sembilan
Date: April 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96434
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 96434.pdf] Text
96434.pdf

Download (1MB)

ID Number

96434

Indexing

Statistic

Statistic details