Memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Zai Music World / Nor Azlan Othman and Nor Aziyah Bakhari

Othman, Nor Azlan and Bakhari, Nor Aziyah (2021) Memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Zai Music World / Nor Azlan Othman and Nor Aziyah Bakhari. UiTM News Hub.

Abstract

4 Disember2021 Satu Majlis Menandatangani perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Zai Music World telah diadakan di ibu pejabat Zai Music World yang terletak di Kota Tun Fatimah, MITC, Ayer Keroh Melaka. Tujuan utama termeterainya perjanjian MoU ini adalah bagi memperkukuhkan lagi kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak. Turut hadir bersama memeriahkan majlis ini adalah wakil daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan MARA Negeri Melaka. Majlis ini telah dijalankan secara tertutup dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ketat yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). UiTM diwakili oleh Ybhg. Prof. Ts. Dr. Salmiah Kasolang, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang disaksikan oleh YBrs. Prof. Madya ChM Dr. Nor Aziyah Bakhari, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni UiTMCPP manakala Zai Music World pula diwakili oleh YBrs. Zaini Abbas, Ketua Pegawai Eksekutif dan juga Pengetua Zai Music World sambil disaksikan oleh YBrs. Dr. Salasiah Abbas, Pengasas Zai Music World. Perbincangan mengenai perjanjian Moll ini tercetus sewaktu penglibatan kotaborasi pensyarah UiTMCPP dan ZMW di dalam projek e-Gamelan sejak lebih setahun yang lalu. Penggerak utama MoU ini diketuai oleh Ts. Mohamed Syazwan Osman yangturut dibantu oleh Ts. Dr. Mohd Suhaimi Sulaiman, Ir. Ts. Dr. Samsul Setumin, Ts. Adi Izhar Che Ani, Ir. Mohd Firdaus Abdullah dan Encik Mohd Ikmal Fitri Marzuki. Projek e-Gamelan merupakan projek inovasi yang berteraskan kepada cara pembelajaran alat musik tradisional metalui permainan atau edu-Gamification yang unik dalam pendidikan muzik.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Othman, Nor Azlan
UNSPECIFIED
Bakhari, Nor Aziyah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: UiTM News Hub
Keywords: UiTM News Hub, Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang, UiTM
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96371
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 96371.pdf] Text
96371.pdf

Download (985kB)

ID Number

96371

Indexing

Statistic

Statistic details