Abstract
Harta wakaf merupakan harta amanah orang Islam yang melibatkan kepentingan awam. Justeru harta wakaf perlu ditadbir dan diuruskan dengan teliti dan berhati-hati bagi mengelak daripada terdedah kepada ancaman serta isu yang menyebabkan pembangunan harta wakaf terbantut sekali gus, menghalang tercapainya matlamat wakaf. Proses mengenal pasti risiko dan menguruskannya dalam pentadbiran harta wakaf terutamanya berkaitan dengan proses istibdal harta wakaf boleh membantu meningkatkan imej institusi wakaf dan keyakinan para pewakaf. Ini juga turut membantu mengurangkan pertikaian di kalangan masyarakat yang tidak memahami proses istibdal harta wakaf. Oleh yang demikian, kajian ini melihat kepada keperluan mengenal pasti risiko dalam proses istibdal aset wakaf di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Data sekunder diperoleh daripada artikel jurnal, laporan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan laman sesawang dan seterusnya kandungannya dianalisis berdasarkan tema kajian. Penilaian risiko dapat mengenal pasti peristiwa yang berkemungkinan akan berlaku serta solusi tindakan yang boleh dilaksanakan agar dapat menjamin matlamat wakaf tercapai. Ini akan membantu institusi wakaf membuat keputusan berkaitan istibdal wakaf, mengurangkan risiko dan menjamin kelestarian aset wakaf. Malah, ini juga dapat meningkatkan keyakinan masyarakat untuk turut serta dalam amalan wakaf selain menjaga imej dan akauntabiliti institusi wakaf.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Suhaimi, Farhana farhanams@usim.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | Journal of Contempory Islamic Studies |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS) |
ISSN: | ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902 |
Volume: | 10 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 1-10 |
Keywords: | Istibdal, pengurusan wakaf, risiko, wakaf |
Date: | May 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96318 |