Abstract
Transkrip ini membincangkan tentang pengalaman, penglibatan serta sumbangan seorang tokoh yang menaung muzik lebih dari 2 dekad. Tokoh tersebut ialah seorang konduktor muzik, pemain piano dan pengubah lagu Malaysia iaitu Ybhg. Datuk Mokhzani Ismail. Secara umumnya, muzik dan artis memang dikenali ramai, namun, tidak pada orkestra. Kebanyakkan masyarakat kini menyalaherti maksud orkestra dan tidak mengetahui disebalik tadbir dalam memimpin sesebuah orkestra. Selain menyentuh berkaitan latar belakang peribadi beliau, kajian ini juga memfokuskan kepada usaha dan pengalaman beliau daripada seseorang yang berasal dari kampung namun berjaya dalam menjadi seorang pemuzik profesional serta sebagai pengarah muzik di RTM Datuk Mokhzani Ismail dikenali kerana bakatnya yang terserlah dalam dunia muzik bukan sahaja di Malaysia bahkan di persada dunia. Sumbangan - sumbangan yang dikecapi beliau dalam muzik dan orkestra sehingga dipanggil untuk memimpin RTM buat kali kedua setelah bersara juga turut dibincangkan. Kajian ini bukan sahaja dilaksanakan melalui Datuk Mokhzani sendiri, ianya turut diperolehi melalui beberapa carian di artikel akhbar. lmplikasi kajian ini adalah terutamanya kepada pengkaji, pelajar terutamanya graduan industri muzik, dan orang awam. Melalui projek lisan ini juga, diharap masyarakat luar terutamanya generasi muda sekarang akan lebih memahami dengan lebih lanjut tentang tokoh Datuk Mokhzani, bidang muzik dan orkestra.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Shuib, Syaza Nadzirah 2021172601 Ku Yahya, Ku Nur Aina 2021119883 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abdullah, Nurulannisa UNSPECIFIED Interviewee Ismail, Mokhzani UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history M Music and Books on Music > M Music > Instrumental music > Radio and television music P Language and Literature > PN Literature (General) > Broadcasting > Radio broadcasting > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | RTM (Radio Televisyen Malaysia), muzik, orkestra, pengarah muzik, piano |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96297 |