Smart HYDROT (smart hydroponics rotating tower) / Mohd Noor Thalib ... [et al.]

Thalib, Mohd Noor and Jazmi, Ahmad and Hadi, Irfan and Natasha, Nurul Aliya and Nabila, Anis (2019) Smart HYDROT (smart hydroponics rotating tower) / Mohd Noor Thalib ... [et al.]. In: Academic Intellectual International Invention, Innovation & Design Book. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 151. ISBN 9789670314716

Abstract

Program Pertanian Bandar (PPB) telah dilancarkan untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan khususnya daripada aktiviti pertanian oleh penduduk di bandar dan pinggir bandar dilihat mampu memenuhi keperluan sendiri serta negara.Pertanian bandar telah menjadi satu agenda penting negara sejak dilancarkan pada April 2014. Ia menjadi sebahagian daripada aktiviti jaminan keselamatan makanan (food security). Walau bagaimanapun, tidak semua penghuni di bandar dapat melibatkan diri dalam aktiviti tersebut disebabkan beberapa kekangan. Antaranya adalah kekurangan kawasan tanah, kemahiran dan masalah yang paling utama adalah keperluan penjagaan seperti penyiraman yang kerap (1 – 2 kali sehari).Bagi menggalakkan aktiviti pertanian di kawasan perumahan di bandar untuk membantu penduduk mengeluarkan sendiri bahan makanan seperti sayur-sayuran, herba, ulam-ulaman dan rempah ratus yang lebih segar serta bersih, inovasi Smart HYDROT dicipta. Smart HYDROT inovasi penanaman secara hidroponik yang mudah, senang untuk dikendalikan malah ia dikawal sepenuhnya oleh satu sistem elektronik yang cekap dan efficien. Sistem Smart HYDROT ini dikawal menggunakan sistem microcontroller dan beberapa komponen alat kawalan seperti alat kawalan paras air, alat kawalan pencahayaan, alat kawalan suhu dan kelembapan, alat kawalan putaran menara hidroponik, alat kawalan fungsi pam air dan alat kawalan masa dan tarikh. Melalui alat kawalan secara electronic ini masa penjagaan dan penyiraman dapat dilakukan secara automatik. Smart HYDROT ini amat sesuai untuk digunakan oleh pengguna yang agak sibuk dan tiada masa yang banyak untuk bercucuk tanam dan ianya tidak memerlukan kawasan yang luas. Smart HYDROT sesuai untuk pengguna yang tinggal di kawasan yang kekurangan tempat untuk bercucuk tanam sebagai contoh rumah pangsa, kondominium dan kawasan rumah yang sempit.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Thalib, Mohd Noor
kba2019sksukamenanti@gmail.com
Jazmi, Ahmad
UNSPECIFIED
Hadi, Irfan
UNSPECIFIED
Natasha, Nurul Aliya
UNSPECIFIED
Nabila, Anis
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > T Technology (General) > Technological change
T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 151
Keywords: Program Pertanian Bandar (PPB), meningkatkan pengeluaran bahan makanan, jaminan keselamatan makanan
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96178
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 96178.pdf] Text
96178.pdf

Download (2MB)

ID Number

96178

Indexing

Statistic

Statistic details