Abstract
Pembangunan Sistem Pengurusan Aktiviti Pelajar bagi kegunaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar ini memberi banyak manfaat selari dengan era globalisasi dan kemajuan teknologi ICT. Ianya juga sebagai alternatif kepada pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar dalam mengurus dan menyimpan maklumat berkaitan aktiviti pelajar di kampus UiTM Cawangan Kedah. Aplikasi atas talian ini dapat membantu pelajar dan staf untuk menguruskan penganjuran aktiviti dengan mudah dan cepat. Objektif utama pembangunan sistem ini adalah untuk memberi kemudahan dalam urusan pemantauan aktiviti pelajar secara lebih sistematik. Ianya melibatkan pengurusan permohonan penganjuran aktiviti, permohonan peruntukan Tabung Aktiviti Pelajar, pendaftaran markah merit pelajar dan juga pelaporan aktiviti pelajar. Sistem ini dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan Hypertext Preprocessor (PHP), pangkalan data My-Structured Query Language (My-SQL) dan melalui perantaraan perisian Notepad++. Kesimpulannya, sistem ini mampu untuk membaiki kelemahan yang terdapat dalam sistem manual, seterusnya meningkatkan kecekapan pihak kampus UiTM Cawangan Kedah dalam mengurus dan menyimpan maklumat aktiviti pelajar.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Rahman, Abd Latif ablatif@uitm.edu.my Miskom, Zahirizal zahirizal@uitm.edu.my Ahmad, Khairul Wanis wanis@uitm.edu.my |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technological change T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Page Range: | p. 150 |
Keywords: | Sistem pengurusan aktiviti pelajar, aktiviti pelajar, aplikasi atas talian |
Date: | 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96177 |