Abstract
Kemajuan teknologi terus melonjak pesat dalam memberikan impak positif terutama dalam sektor sukarelawan. Syarikat MBAS TECH PLT sebagai peneraju dalam bidang teknologi telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan kegunaan dan kelancaran pengurusan sukarelawan pada KARiSMA kali ke-29, 2024. Salah satu sumbangan utama mereka adalah melalui penajaan sistem “Volunteer Management Integrated System” (VMIS) bagi sukan mahasiswa UiTM tahun ini. Sukarelawan dikenali sebagai “front liner” bagi memastikan kejayaan sesebuah kejohanan atau temasya sukan. Dengan penekanan yang semakin meningkat terhadap kesedaran social dan tanggungjawab korporat, sukarelawan telah menjadi tulang belakang banyak organisasi kebajikan dan acara sukan. Oleh yang demikian, Syarikat MBAS TECH PLT telah mengambil inisiatif dalam menyokong sektor sukarelawan dengan memperkenalkan system VMIS bagi KARiSMA 2024. Sistem ini memainkan peranan penting dalam melancarkan pengurusan sukarelawan bermula dari aspek pendaftaran, agihan kit, agihan bidang tugas dan pemantauan prestasi sukarelawan sepanjang kejohanan berlangsung serta pelaporan automatik yang boleh dijana pada bila-bila masa.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Lamat, Siti Aida UNSPECIFIED Sazali, Razif UNSPECIFIED Md Yusof, Muhammad UNSPECIFIED Duralim, Azizol UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Keywords: | VMIS, sistem, sukarelawan, sukan |
Date: | April 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96107 |