Kajian sikap minda rakyat Kelantan: tinjauan dari aspek politik dan agama / Zulkarnain Yusof … [et al.]

Yusof, Zulkarnain and Ab. Rahman, Hussin@Mohamad and Wan Mamat, Wan Fauzi and Ya, Mohd Safri (2003) Kajian sikap minda rakyat Kelantan: tinjauan dari aspek politik dan agama / Zulkarnain Yusof … [et al.]. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Sikap minda dan pemikiran masyarakat Kelantan banyak dipengaruhi oleh sosiobudaya yang tersendiri. lni termasuk juga dari sudut pemikiran politik dan keagamaan. Kajian menunjukkan 91 % masyarakat Kelantan "response" terhadap politik semasa. Mereka memberi reaksi yang positif walaupun sekadar ambil tahu sahaja: Hakikat ini menggambarkan kesedaran politik yang tinggi di kalangan mereka. Dalam konteks fahaman politik, didapati 42% menyokong UMNO, 24% menyokong PAS, dan 34% adalah golongan atas pagar. Golongan atas pagar adalah penentu kepada kemenangan mana-mana parti yang bertanding dalam pilihanraya umum. Kecenderungan masyarakat juga menunjukkan faktor agama banyak mempengaruhi kemenangan calon-calon dalam pilihanraya. Minat terhadap parti-parti politik juga berbeza. Bagi UMNO, ialah keutamaan
terhadap pembangunan dan kemajuan. Manakala PAS pula, atas sentimen keagamaan. Namun begitu majoriti responden atau 62% menyatakan nilai agama, atau bersih keperibadiannya mendominasi ciri-ciri kepimpinan yang diperlukan oleh masyarakat Kelantan. Masyarakat Kelantan juga merupakan pendokong sistem demokrasi negara. lni terbukti apabila 54% daripada responden menyatakan ianya terpelihara dengan baik. Mereka juga berpendapat bahawa perjuangan utama para pemimpin melayu ialah mesti mengutamakan bangsa dan negara. Masyarakat Kelantan menerima · kepimpinan Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, di mana 82% responden menyatakan pendiriannya dan sekaligus menolak andaian bahawa masyarakat Kelantan tidak sukakan beliau.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yusof, Zulkarnain
UNSPECIFIED
Ab. Rahman, Hussin@Mohamad
UNSPECIFIED
Wan Mamat, Wan Fauzi
UNSPECIFIED
Ya, Mohd Safri
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Experimental psychology
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and state
J Political Science > JF Political institutions and public administration > Political parties. Political campaigns
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus
Keywords: sikap minda rakyat Kelantan, aspek politik dan agama
Date: 2003
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96031
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 96031.pdf] Text
96031.pdf

Download (166kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

96031

Indexing

Statistic

Statistic details