Abstract
11 Oktober 2021 Satu perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Pulau Pinang telah termeterai bagi memperkukuhkan lagi kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak. Majiis ini telah dijalankan secara tertutup dihadiri oleh beberapa Ahli-ahli Majlis MBSP di Dewan Kenanga MBSP dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). UiTM diwakili oleh Ybhg. Prof. Ts, Dr. Salmiah Kasolang, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang disaksikan oleh YBrs. Prof. Madya ChM Dr. Nor Aziyah Bakhari, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni UiTMCPP manakala MBSP pula diwakili oleh YBhg. Dato’ Sr. Hj. Rozali Hj Mohamud, Datuk Bandar Seberang Perai sambil disaksikan oleh YBrs. Pn. Siti Haslinda Hasan, Pengarah, Jabatan Khidmat Pengurusan MBSP. MoU ini adalah inisiatif Rektor UiTMCPP, Ybhg. Prof. Ts. Dr. Salmiah Kasolang dan turut dibantu oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Hashim Fadzil Ariffin dan YBrs. Dr. Anderson Ngelambong dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan. Perbincangan menandatangani MoU ini tercetus sewaktu penglibatan kerjasama staf FPHP dan MBSP dalam menjayakan beberapa siri konferens sejak tahun 2018.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Othman, Nor Azlan UNSPECIFIED Bakhari, Nor Aziyah UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
Keywords: | UiTM News Hub, Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang, UiTM |
Date: | October 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96024 |