Abstract
UiTMCJ diterajui oleh Prof. Dr. Hj. Ismail bin Ahmad selaku Rektor UiTMCJ dibantu oleh Penolong Rektor yang menerajui kampus Pasir Gudang serta Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) yang sentiasa bersedia untuk menjadikan UiTMCJ sebuah universiti tempatan yang tersohor dalam bidang pengurusan dan teknologi berteraskan Jaringan Industri dan Keusahawanan. UiTMCJ mengamalkan sistem pengurusan yang sistematik, dinamik dan efisien bagi mencapai objektif universiti dan perancangan berkaitan pengurusan kampus. Bagi pelaporan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2022, bidang tumpuan yang telah dipilih oleh Pengurusan Kanan UiTMCJ adalah bidang Jaringan Industri dan Keusahawanan. Perkara ini telah dipersetujui oleh kesemua ahli JKEN pada mesyuarat JKEN bertarikh 10 April 2022.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Universiti Teknologi Mara (Johor) UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education L Education > LB Theory and practice of education > Group work in education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus |
Event Title: | Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) |
Collections: | Laporan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95861 |