Cabaran dan solusi dalam dunia sukarelawan penganjuran sukan di universiti / Nurul Nisha Mohd Shah and Mohd Radzman Basinon

Mohd Shah, Nurul Nisha and Basinon, Mohd Radzman (2024) Cabaran dan solusi dalam dunia sukarelawan penganjuran sukan di universiti / Nurul Nisha Mohd Shah and Mohd Radzman Basinon. Bulletin. Academy of Language Studies, Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan Branch, Rembau Campus.

Abstract

Penganjuran acara sukan di universiti sering melibatkan peranan penting sukarelawan dalam kalangan mahasiswa. Namun, mereka sering berdepan pelbagai cabaran dalam menjayakan acara sukan yang berprestij ini. Cabaran utama kepada para sukarelawan mahasiswa adalah dari aspek kekangan masa dan komitmen. Mereka perlu bijak mengimbangi antara tuntutan akademik dan tanggungjawab sebagai sukarelawan sukan yang lazimnya memakan masa berbulanbulan. Pengurusan masa yang efektif amat kritikal bagi memastikan prestasi akademik tidak terjejas, di samping kekal komited dalam penganjuran sukan. Cabaran seterusnya adalah kekurangan dana dan sumber, yang pastinya turut menyukarkan tugas sukarelawan. Sepertimana yang kita sedia maklum, penganjuran acara sukan memerlukan bajet yang besar meliputi aspek tempat program, peralatan, pengangkutan, penginapan dan sebagainya. Mahasiswa yang belum bekerja sering menghadapi kekangan kewangan. Sokongan padu pihak IPT dan tajaan korporat amat diperlukan bagi memastikan kelancaran penganjuran setiap acara yang telah dirancangkan.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Shah, Nurul Nisha
UNSPECIFIED
Basinon, Mohd Radzman
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus
Journal or Publication Title: APB Rembau e-Bulletin
ISSN: 2682-776X
Keywords: Cabaran, solusi, sukarelawan, sukan, universiti
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95757
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 95757.pdf] Text
95757.pdf

Download (779kB)

ID Number

95757

Indexing

Statistic

Statistic details